Saturday, 13 July 2013

Versi-versi Lagenda si Tanggang,Malin kundang, & Nakhoda Manis


 Mitos atau Lagenda Si Tanggang  banyak diceritakan oleh orang-orang zaman dahulu samada secara lisan mahupun bertulis. Beberapa karya tentang Si Tanggang juga pernah di bukukan, tapi sejauh mana kebenaran tentang Lagenda ini? Kesahihan ceritanya belum dapat dipastikan (tue pasal kita panggil lagenda bkn sejarah hehe) ini kerana terdapat beberapa versi lain yang mana ceritanya sedikit berbeza tetapi terdapat juga persamaan. Antara versi-versi cerita Lagenda ini ialah Si Tanggang di kalangan Orang Melayu di Malaysia, Malin Kundang di kalangan Orang Minangkabau di Indonesia, dan Nakhoda Manis di kalangan Orang Melayu di Brunei.

Versi Si Tanggang (Dari Malaysia)


KAPAL BATU SI TANGGANG, TERLETAK DI BATU CAVE MALAYSIA.

     Di sebuah kampung terpencil tinggal lah sepasang suami isteri, si Talang dan si Deruma bersama seorang anak lelaki mereka yang diberi nama Si Tanggang. Kehidupan mereka sangat miskin. Si Tanggang merupakan anak tunggal kepada pasangan itu. Kegemarannya berburu dan mendayung sampan membawanya hingga sampai ke Muara sungai.
     Pada suatu hari sedang Si Tanggang berdayung ke Muara Sungai, terlihatlah akan Si Tanggang sebuah kapal sedang berlabuh. Si Tanggang kemudian berjumpa dengan Nakhoda kapal tersebut dan meminta untuk dijadikan anak kapal. Nakhoda tersebut bersetuju setelah melihat kecekapan Si Tanggang mendayung sampan. Dengan berat hati Si ibu pun memberi izin kepada si Tanggang untuk berlayar. Sebelum meninggalkan kampung halamannya, Si Tanggang berjanji kepada Si ibu bahawa dia akan kembali setelah berhasil menjadi orang kaya.
     Berkat kerajinan dan usaha si Tanggang akhirnya si Tanggang menjadi menantu Seorang Sultan.
Dengan kedudukan dan kejayaan yang diperoleh, si Tanggang telah lupa kepada Ibubapanya yang telah uzur, malah segala janji-janjinya kepada Si ibu juga telah dia lupakan. Bahkan dia mengaku dirinya sebagai anak yatim piatu. Walhal si Ibu tidak henti-henti merindu akan anak tunggalnya itu.
     Pada Suatu hari, Kapal Layar Si Tanggang berlabuh di kampung halamannya. Keberadaan Si Tanggang di kampung itu telah disampai oleh penduduk kampung kepada Si ibu. Maka bersusah-payahlah Si ibu membawa pisang salai mendayung sampan untuk berjumpa dengan Si Tanggang anak yang selama ini di rinduinya.
     Si Tanggang merasa malu untuk mengakui wanita uzur yang daif itu sebagai ibu kandungnya, maka diusirlah si Ibu tanpa belas, tidak ubah seperti haiwan. Pisang salai yang dibawa si Ibu juga turut di buang ke laut. Si ibu berasa amat sedih dan kecewa. Lalu si Ibu menyumpah Si Tanggang derhaka menjadi batu dan doanya dimakbulkan Tuhan. Maka bertukarlah si Tanggang, isterinya, anak-anak kapal serta kapalnya menjadi batu.


Versi Malin Kundang (Dari Indonesia)


MALIN KUNDANG - AIR MANIS. KOTA PADANG,INDONESIA

     Dahalu kala, ada seorang ibu bersama anak lelakinya yang bernama Malin Kundang. Mereka hidup dalam kemiskinan. Apabila dewasa Malin kundang pun merantau ke negeri orang demi mengubah nasib dan hidupnya. Tinggal lah si Ibu seorang diri.
     Setelah lama berada di perantauan. Malin kundang pun berhasil menjadi seorang saudagar yang kaya raya. Lalu Malin Kundang berkahwin dengan seorang gadis cantik yang berasal dari keluarga yang kaya.
     Pada satu hari, Malin Kundang pun berlayar ke Kampung halamannya atas urusan dagang. Ketika Kapal Malin Kundang berlabuh di Kampung halamannya, orang kampung yang mengenali Malin kundang pun memberitakan kepulangannya itu kepada Ibunya yang telah uzur. Sebaik mendapat khabar gembira kepulangan anaknya, Si ibu pun segera menemui anaknya. Khabar gembira bagi si Ibu tetapi
tidak bagi Malin Kundang.
    Malin Kundang merasa malu kepada orang lain dan juga isterinya, untuk mengakui bahawa dia memiliki seorang ibu yang tua dan miskin. Ketika Si Ibu menemuinya, Malin Kundang bertindak memaki dan melontarkan kata cacian terhadap Si Ibu, bukan sahaja itu malahan Malin Kundang dengan biadap meludahi Si Ibu kemudian mengusir Si Ibu dari Kapalnya.
    Si Ibu merasa sedih dan kecewa terhadap anaknya Malin Kundang. Si Ibu lantas berdoa kepada Tuhan agar Si anak mendapat hukuman. Doa Si Ibu akhirnya dimakbulkan Tuhan. Datanglah Ombak badai menghempas kapal Si Anak hingga ke pinggir pantai. Menyedari akan hal itu, Malin pun merasa bersalah kemudian memohon ampun kepada Si Ibu. Tetapi semuanya telah terlambat,kerana ketika itu hukuman dari Yang Maha Kuasa telah datang. Pada akhirnya, Malin bertukar menjadi batu.

No comments: