Monday, 22 July 2013

TAWAU HILL PARK @ TAMAN BUKIT TAWAU.



              Taman Bukit Tawau terletak kira-kira 24kilometer dari Bandar Tawau. Merupakan salah satu tempat yang popular di sekitar Tawau bagi menjalankan aktiviti perkelahan, pekhemahan dan tempat dimana mereka yang sukakan cabaran boleh menjalankan aktiviti meneroka alam semulajadi.






              Taman ini berfungsi sebagai sumber air yang penting iaitu bagi sungai-sungai utama di bahagian Tawau, Merotai, Mantri dan beberapa bahagian yang lain. Meliputi kawasan seluas 27.972 hektar, Taman ini telah diwartakan pada tahun 1979, dan pada asalnya kawasan ini merupakan Hutan Simpan Tawau atau dikenali sebagai Taman Sabah sebelum diwartakan kepada Taman Bukit Tawau. Taman ini juga menempatkan Tiga buah gunung berapi yang sudah tidak aktif (dahulunya adalah aktif)  iaitu Gunung Lucia dengan ketinggian setinggi 1,118 meter dari paras laut, Gunung Maria setinggi 1,067 meter dan Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter iaitu gunung yang memiliki puncak tertinggi di bahagian Tawau. 





     Selain itu, Taman Bukit Tawau juga merupakan hutan hujan Tropika, dan menjadi rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Para pengunjung akan melihat label yang di labelkan pada hampir setiap tumbuh-tumbuhan bagi mengenal pasti tumbuh-tumbuhan tersebut.  Antara tumbuhan yang ditemui di Taman Bukit Tawau adalah Orkid tanah pamah (Lowland orchid), Orkid telinga gajah (Elephant's Ear Orchid/Palaneopsis Gigantea), periuk kera (pitcher plant) dan banyak lagi. Bagi tumbuhan herba pula, terdapat 36 spesis dalam 14 genera halia liar. Taman Bukit Tawau juga memiliki rekod ''Pokok Tropika yang Tertinggi di dunia" iaitu setinggi 88.32meter dari spesis pokok Seraya Kuning siput (Shorea Faquetina) oleh Saintis Amerika iaitu Dr. Roman Dial bersama dua orang rakan beliau pada tahun 2006.





            Bagi kategori fauna pula, terdapat 69 spesis haiwan mamalia daripada 194 spesis yang direkodkan di Sabah boleh ditemui di Taman Bukit Tawau. Termasuk sembilan spesis monyet iaitu Bangkatan, orang Utan, wak-wak dan monyet merah. Fauna lainnya pula adalah 240 spesis burung, 54 spesis reptelia, serangga serta kupu-kupu sebanyak 108 spesis.



           Juga terdapat dua air terjun iaitu Air Terjun Table yang terletak hampir dengan kawasan pentadbiran Taman Bukit Tawau dan Air Terjun Bukit Gelas terletak 2.5km dari Air Terjun Table. 




Kawasan Kolam Air Panas Sulfur merupakan lokasi lain yang terdapat di Taman Bukit Tawau yang menjadi tarikan sebagai salah satu eko pelancongan samada kepada penduduk tempatan atau pengunjung luar dari dalam dan luar negara. Kolam air panas semulajadi ini adalah baik untuk kesihatan kulit dan mereka yang mengunjungi kolam ini berpeluang menyaksikan sendiri tindak balas eksistem dari lohong gunung berapi yang sudah tidak aktif.




No comments: