*Umat islam disuruh mengerjakan solat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau leputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang mengalakkan solat Istikharah. Diantaranya ialah.
Sabda Rasulullah SAW : "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat Istikharah. (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan Solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya"
Tatacara Solat Sunat Istikharah adalah sama seperti Solat Subuh. Niat yang berlainan iaitu Niat Solat Istikharah.. Solat ini adalah peribadi sifatnya oleh kerana itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini sebaik-baiknya dikerjakan di malam hari agar dapat dikerjakan dengan penih khusyuk.
NIAT SOLAT ISTIKHARAH
USHALLI SUNNATAL ISTIKHARAATI RAK'ATAINI LILLAHI TA'ALA Sahaja Aku Sembahyang Solat Sunat Istikharah 2 Rakaat Tunai kerana Allah Ta'ala |
Rakaat pertama :
* Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
Rakaat Ke-dua :
* Baca Surah Al- Fatihah dan Surah Al- Ikhlas.
: Selepas Salam bacalah doa seperti yang di Sarankan dalam Istikharah
(doa ini boleh dibaca dalam Bahasa Melayu / Arab)
ALLAAHUMMA INNI ASTAKHIIRUKA BI'ILMIKA, WA ASTAQDIRUKA BIQUDRATIKA
WA AS ALUKA MIN FADHLIKAL AZHIIM. FA INNAKA TAQDIRU WA LAA AQDIRU WATA'LAMU WA LAA A'LAMU WA ANTA ALLAAMUL GHUYYUB.
ALLAAHUMMA INKUNTA TA'LAMU ANNA HAADZAL AMRA KHAIRUN LII FII DIINII WAMA'AASYII WA'AAQIBATI AMRII, 'AAJILI AMRII WA AAJILIHI FAQDURHU LII WA YASSIRHU LII TSUMMA BAARIKLIIFIHI. WA INKUNTA TA'LAMU ANNA HAADZAL AMRA SYARRUN LII FII DIINII WA MA'AASYII WA 'AAQIBATU AMRII 'AAJILI AMRII WA AAJILIHI FASHRIF ANNII WASHRIFNI 'ANHU WAQDUR LIYAL KHAIRAHAYTSU KAANA TSUMMA ARDHINII BIHI , INNAKA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADDIR.MAKSUD DO'A
" Ya ALLAH, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuan-Mu, aku memohon ditakdirkan yang baik dengan Kudrat-Mu, aku mengharapkan Kurnia-Mu yang besar. Engkau maha kuasa dan aku adalah hamba-Mu yang daif. Engkau maha tahu dan aku adalah hamba-Mu yang jahil. Engkau mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi.
Ya ALLAH, jika hal ini (sebutkan nama/perkara) dalam Pengetahuan-Mu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmu-Mu hal ini (sebutkan nama/perkara) akan membawa bencana bagiku, dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, Jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas setiap sesuatu."
No comments:
Post a Comment