Thursday, 21 November 2013

PERFUME COLLECTIONS RM20 FOR EACH (GRED AAA) -LATEST UPDATE 21/11/13


                                                                DIANA'S ONLINE SHOP
                                                                         RM20/EACH

                                           TO ORDER PLEASE SMS/CALL 011-25265636
                                                                      MISS.NAZDIANA

AMETHYSTS 5ML

GREEN JADE 5ML

CRYSTALLINE 5ML

CORAL 5ML


ETERNITY-LOVE 15ML

GUCCI SPORT-5ML

LANCOME MIRACLE-SO MAGIC 10ML
DKNY-BE DELICIOUS 7ML

BURBERYY-TOUCH FOR MEN 5ML

DKNY- DELICIOUS CANDY APPLE 5ML (ALL ARE AVAILABLE)










Sunday, 11 August 2013

English idioms

ENGLISH IDIOMS AND MEANING

1. Face the music - face the consequence of one's action. 
    Menghadapi tindakan/hukuman dari seseorang
   
2. Have second thought - Reconsider a decision. 
     Mempertimbang semula sesuatu keputusan.

3. Break the ice - overcome initial shyness. 
     Mengatasi rasa malu di awalnya. (perkenalan)

4. At loggerheads - to differ strongly.
    Sangat berbeza/tidak sebulu.

5. Let bygones be bygones - ignore the bad things of the past.
    Abaikan perkara-perkara yang tidak elok dan yang telah berlalu.

6. Throw in the towel - to accept defeat.
     Menerima kekalahan/ mengalah.

7. Born with a silver spoon in one's mouth -to be born in a very rich family.
    Dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya.

8. Keep one's fingers crossed - hope for a positive outcome.
    Mengharap hasil yang baik/positif.

9. Turn over a new leaf - changing for the better.
     Anjakan paradigma/ berubah menjadi lebih baik.

10. Easy money - Earned money without much effort.
       Mendapat wang tanpa perlu berusaha keras.

11. Feeling like a million bucks - refer to a feeling of immense happiness.
      Berasa amat bahagia.

12. Go broke - A condition where someone loses/spends all their money.
       Situasi dimana seseorang telah hilang/membelanjakan semua duitnya.


Monday, 22 July 2013

TAWAU HILL PARK @ TAMAN BUKIT TAWAU.



              Taman Bukit Tawau terletak kira-kira 24kilometer dari Bandar Tawau. Merupakan salah satu tempat yang popular di sekitar Tawau bagi menjalankan aktiviti perkelahan, pekhemahan dan tempat dimana mereka yang sukakan cabaran boleh menjalankan aktiviti meneroka alam semulajadi.






              Taman ini berfungsi sebagai sumber air yang penting iaitu bagi sungai-sungai utama di bahagian Tawau, Merotai, Mantri dan beberapa bahagian yang lain. Meliputi kawasan seluas 27.972 hektar, Taman ini telah diwartakan pada tahun 1979, dan pada asalnya kawasan ini merupakan Hutan Simpan Tawau atau dikenali sebagai Taman Sabah sebelum diwartakan kepada Taman Bukit Tawau. Taman ini juga menempatkan Tiga buah gunung berapi yang sudah tidak aktif (dahulunya adalah aktif)  iaitu Gunung Lucia dengan ketinggian setinggi 1,118 meter dari paras laut, Gunung Maria setinggi 1,067 meter dan Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter iaitu gunung yang memiliki puncak tertinggi di bahagian Tawau. 





     Selain itu, Taman Bukit Tawau juga merupakan hutan hujan Tropika, dan menjadi rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Para pengunjung akan melihat label yang di labelkan pada hampir setiap tumbuh-tumbuhan bagi mengenal pasti tumbuh-tumbuhan tersebut.  Antara tumbuhan yang ditemui di Taman Bukit Tawau adalah Orkid tanah pamah (Lowland orchid), Orkid telinga gajah (Elephant's Ear Orchid/Palaneopsis Gigantea), periuk kera (pitcher plant) dan banyak lagi. Bagi tumbuhan herba pula, terdapat 36 spesis dalam 14 genera halia liar. Taman Bukit Tawau juga memiliki rekod ''Pokok Tropika yang Tertinggi di dunia" iaitu setinggi 88.32meter dari spesis pokok Seraya Kuning siput (Shorea Faquetina) oleh Saintis Amerika iaitu Dr. Roman Dial bersama dua orang rakan beliau pada tahun 2006.





            Bagi kategori fauna pula, terdapat 69 spesis haiwan mamalia daripada 194 spesis yang direkodkan di Sabah boleh ditemui di Taman Bukit Tawau. Termasuk sembilan spesis monyet iaitu Bangkatan, orang Utan, wak-wak dan monyet merah. Fauna lainnya pula adalah 240 spesis burung, 54 spesis reptelia, serangga serta kupu-kupu sebanyak 108 spesis.



           Juga terdapat dua air terjun iaitu Air Terjun Table yang terletak hampir dengan kawasan pentadbiran Taman Bukit Tawau dan Air Terjun Bukit Gelas terletak 2.5km dari Air Terjun Table. 




Kawasan Kolam Air Panas Sulfur merupakan lokasi lain yang terdapat di Taman Bukit Tawau yang menjadi tarikan sebagai salah satu eko pelancongan samada kepada penduduk tempatan atau pengunjung luar dari dalam dan luar negara. Kolam air panas semulajadi ini adalah baik untuk kesihatan kulit dan mereka yang mengunjungi kolam ini berpeluang menyaksikan sendiri tindak balas eksistem dari lohong gunung berapi yang sudah tidak aktif.




Friday, 19 July 2013

KEUNIKAN MALIAU BASIN SABAH'S LOST WORLD


 Lembangan Maliau Basin memiliki keluasan tanah sebesar 588.4km persegi, terletak di Tawau iaitu di Selatan negeri Sabah. Terdapat 12jenis hutan di Maliau Basin, yang terdiri daripada hutan pergunungan rendah, hutan kerangasan pergunungan serta hutan dipterokap tanah tinggi serta tanah rendah yang mana di dominasikan oleh pokok Agathis. Terdapat juga hutan Dara yang mana menjadi habitat kepada beberapa spesis terancam dan jarang ditemui seperti Gajah Asia dan Monyet Bangkatan.









Sehingga kini hanya 30% daripada lembangan maliau basin diterokai, kawasan pemuliharaan ini menjadi rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Sejauh ini hampir 1800 spesis tumbuhan telah dikenal pasti. Termasuk enam spesis Periuk kera (pitcher plants), sekurang-kurangnya 80 jenis spesis tumbuhan orkid dan beberapa spesis daripadanya baru direkodkan di Sabah. Raflesia Tengku Adliini yang jarang ditemui juga ditemui di Maliau basin.

Pengembaraan Ke Maliau Basin adalah untuk menjejaki Air terjun Tujuh tingkat Maliau Basin. Walaubagaimana pun pengunjung terlebih dahulu harus mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah bagi memasuki Lembangan Maliau. Pengunjung juga di ingatkan bahawa Maliau Basin merupakan kawasan terpencil dengan akses, kemudahan keselamatan dan komunikasi yang terhad.
MALIAU FALLS (THE SOURCE OF WATER IS MALIAU RIVER AND FORM THE BASIN)



7TIERS MALIAU BASIN WATERFALL



GILUK FALLS


Kawasan pemuliharaan Maliau Basin boleh dicapai melalui jalan raya samada melalui Tawau atau Keningau. Kereta Pacuan empat roda (four wheel drive) adalah yang paling sesuai  dinaiki untuk sampai ke Kawasan Maliau Basin dan bergantung kepada keadaan cuaca. Perjalanan ke Maliau Basin juga adalah berisiko kerana anda harus melalui jalan raya  yang mana digunakan bagi mengangkut kayu balak.


XPDC KELUARGA DARI TAWAU KE KENINGAU (KAWASAN SOOK)

            

Thursday, 18 July 2013

Sejarah Hari Raya Aidil-Fitri



     Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut bangsa Arab pada masa itu.  Apabila Rasulullah SAW bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu?, Mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban (Aidil-adha) dan Hari Raya Puasa (Fitrah/Aidil-fitri). 

      Konsep Hari Raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah Perayaan Keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka Hari Raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. 
Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang mengerjakan ibadah Puasa yang sempurna iaitu salah satu daripada Rukun Islam. Kemenangan itu bukan sahaja menang kerana berjaya  mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan. Malah ia merupakan satu kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang. Dimana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu ALLAH SWT menganugerahkan satu hari untuk kita bersama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat Fitri itu sendiri bermaksud Fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada Fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadiaan Manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Tatacara mengerjakan SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

                                                    SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


*Umat islam disuruh mengerjakan solat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau leputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang mengalakkan solat Istikharah. Diantaranya ialah.

Sabda Rasulullah SAW : "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat Istikharah. (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan Solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya"

Tatacara Solat Sunat Istikharah adalah sama seperti Solat Subuh. Niat yang berlainan iaitu Niat Solat Istikharah.. Solat ini adalah peribadi sifatnya oleh kerana itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini sebaik-baiknya dikerjakan di malam hari agar dapat dikerjakan dengan penih khusyuk.

NIAT SOLAT ISTIKHARAH


USHALLI SUNNATAL ISTIKHARAATI RAK'ATAINI LILLAHI TA'ALA 
Sahaja Aku Sembahyang Solat Sunat Istikharah 2 Rakaat Tunai kerana Allah Ta'ala

Rakaat pertama :
 * Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.


Rakaat Ke-dua :
  * Baca Surah Al- Fatihah dan Surah Al- Ikhlas.

: Selepas Salam bacalah doa seperti yang di Sarankan dalam Istikharah
   (doa ini boleh dibaca dalam Bahasa Melayu / Arab)



ALLAAHUMMA INNI ASTAKHIIRUKA BI'ILMIKA, WA ASTAQDIRUKA BIQUDRATIKA
WA AS ALUKA MIN FADHLIKAL AZHIIM. FA INNAKA TAQDIRU WA LAA AQDIRU WATA'LAMU WA LAA A'LAMU  WA ANTA ALLAAMUL GHUYYUB. 
    ALLAAHUMMA INKUNTA  TA'LAMU ANNA HAADZAL AMRA KHAIRUN LII FII DIINII      WAMA'AASYII WA'AAQIBATI AMRII, 'AAJILI AMRII  WA AAJILIHI FAQDURHU LII WA YASSIRHU LII TSUMMA BAARIKLIIFIHI. WA INKUNTA TA'LAMU ANNA HAADZAL AMRA  SYARRUN LII FII DIINII WA MA'AASYII WA 'AAQIBATU AMRII 'AAJILI AMRII WA AAJILIHI  FASHRIF ANNII WASHRIFNI 'ANHU WAQDUR LIYAL KHAIRAHAYTSU KAANA  TSUMMA                          ARDHINII BIHI , INNAKA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADDIR.


                                                                MAKSUD DO'A
" Ya ALLAH, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuan-Mu, aku memohon ditakdirkan yang baik dengan Kudrat-Mu, aku mengharapkan Kurnia-Mu yang besar. Engkau maha kuasa dan aku adalah hamba-Mu yang daif. Engkau maha tahu dan aku adalah hamba-Mu yang jahil. Engkau mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi.

    Ya ALLAH, jika hal ini (sebutkan nama/perkara) dalam Pengetahuan-Mu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

    Tetapi jika dalam ilmu-Mu hal ini (sebutkan nama/perkara) akan membawa bencana bagiku, dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, Jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas setiap sesuatu."

Love and Ego Sad Love Story :(



                      Once upon a time there was ann island where all the feeling lived together.
             Then one day there was a storm in the sea, and the Island was about to get drowned.
                    Every feeling was scared because they thought that they;ll die on the island.
  But Love makes a boat to escape. Every feeling boarded the boat except one feeling was left behind.
              Love got down to see who it was. It was Ego. Love asked Ego to come on the boat.
          Love tried and tried but Ego wasn't moving even an inch. Meanwhile the water was rising.
                            Everyone asked Love to leave Ego. But Love was made to love.
                                          Love can't leave Ego alone to die on the Island.
                   At last, Every feeling leaved them and escaped. Love died with Ego on the Island


                                                         LOVE is blind so with EGO.
                                                     When you LOVE more, You'll die.
                                        When your EGO more than your LOVE, Both will die.
                                                                Make your choice!!
                                     

ISTILAH DAN LABEL MAKANAN BERASASKAN BABI.


       Mungkin ramai di antara umat Islam tidak tahu bahawa label-label yang bertulis 
                           "This product contain substance from porcine ."
        Sebenarnya ia bermaksud Produk ini mengandungi bahan daripada babi
                         Selain daripada itu, label yang kerap kali digunakan adalah 
                                " The source of gelatin capsule is porcine "
                                           yang bermaksud kapsul dari gelatin babi .

Berikut adalah istilah sains bagi produk makanan yang mengandungi sumber babi :-

1).   Pork:Istilah yang digunakan bagi daging babi di dalam masakan.
2).   Swine:Istilah yang digunakan bagi keseluruhan kumpulan spesis babi.
3).   Hog:Istilah bagi babi dewasa yang beratnya melebihi 50kg.
4).   Boar:Babi liar.
5).   Lard:Lemak babi bagi menghasilkan minyak masak dan sabun.
6).   Bacon:Daging haiwan yang disalai,termasuk daging babi.
7).   Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8).   Sow:Babi betina.
9).   Sow milk:Susu babi.
10). Pig:Istilah umum bagi babi muda dan beratnya kurang daripada 50kg.
11). Porcine:Istilah bagi sesuatu yang berkaitan dengan babi,contohnya dalam bidang perubatan terdapat ubat,kapsul yang berasaskan babi.


CONTOH UBAT BERASASKAN BABI





PORCINE




Saturday, 13 July 2013

Versi-versi Lagenda si Tanggang,Malin kundang, & Nakhoda Manis


 Mitos atau Lagenda Si Tanggang  banyak diceritakan oleh orang-orang zaman dahulu samada secara lisan mahupun bertulis. Beberapa karya tentang Si Tanggang juga pernah di bukukan, tapi sejauh mana kebenaran tentang Lagenda ini? Kesahihan ceritanya belum dapat dipastikan (tue pasal kita panggil lagenda bkn sejarah hehe) ini kerana terdapat beberapa versi lain yang mana ceritanya sedikit berbeza tetapi terdapat juga persamaan. Antara versi-versi cerita Lagenda ini ialah Si Tanggang di kalangan Orang Melayu di Malaysia, Malin Kundang di kalangan Orang Minangkabau di Indonesia, dan Nakhoda Manis di kalangan Orang Melayu di Brunei.

Versi Si Tanggang (Dari Malaysia)


KAPAL BATU SI TANGGANG, TERLETAK DI BATU CAVE MALAYSIA.

     Di sebuah kampung terpencil tinggal lah sepasang suami isteri, si Talang dan si Deruma bersama seorang anak lelaki mereka yang diberi nama Si Tanggang. Kehidupan mereka sangat miskin. Si Tanggang merupakan anak tunggal kepada pasangan itu. Kegemarannya berburu dan mendayung sampan membawanya hingga sampai ke Muara sungai.
     Pada suatu hari sedang Si Tanggang berdayung ke Muara Sungai, terlihatlah akan Si Tanggang sebuah kapal sedang berlabuh. Si Tanggang kemudian berjumpa dengan Nakhoda kapal tersebut dan meminta untuk dijadikan anak kapal. Nakhoda tersebut bersetuju setelah melihat kecekapan Si Tanggang mendayung sampan. Dengan berat hati Si ibu pun memberi izin kepada si Tanggang untuk berlayar. Sebelum meninggalkan kampung halamannya, Si Tanggang berjanji kepada Si ibu bahawa dia akan kembali setelah berhasil menjadi orang kaya.
     Berkat kerajinan dan usaha si Tanggang akhirnya si Tanggang menjadi menantu Seorang Sultan.
Dengan kedudukan dan kejayaan yang diperoleh, si Tanggang telah lupa kepada Ibubapanya yang telah uzur, malah segala janji-janjinya kepada Si ibu juga telah dia lupakan. Bahkan dia mengaku dirinya sebagai anak yatim piatu. Walhal si Ibu tidak henti-henti merindu akan anak tunggalnya itu.
     Pada Suatu hari, Kapal Layar Si Tanggang berlabuh di kampung halamannya. Keberadaan Si Tanggang di kampung itu telah disampai oleh penduduk kampung kepada Si ibu. Maka bersusah-payahlah Si ibu membawa pisang salai mendayung sampan untuk berjumpa dengan Si Tanggang anak yang selama ini di rinduinya.
     Si Tanggang merasa malu untuk mengakui wanita uzur yang daif itu sebagai ibu kandungnya, maka diusirlah si Ibu tanpa belas, tidak ubah seperti haiwan. Pisang salai yang dibawa si Ibu juga turut di buang ke laut. Si ibu berasa amat sedih dan kecewa. Lalu si Ibu menyumpah Si Tanggang derhaka menjadi batu dan doanya dimakbulkan Tuhan. Maka bertukarlah si Tanggang, isterinya, anak-anak kapal serta kapalnya menjadi batu.


Versi Malin Kundang (Dari Indonesia)


MALIN KUNDANG - AIR MANIS. KOTA PADANG,INDONESIA

     Dahalu kala, ada seorang ibu bersama anak lelakinya yang bernama Malin Kundang. Mereka hidup dalam kemiskinan. Apabila dewasa Malin kundang pun merantau ke negeri orang demi mengubah nasib dan hidupnya. Tinggal lah si Ibu seorang diri.
     Setelah lama berada di perantauan. Malin kundang pun berhasil menjadi seorang saudagar yang kaya raya. Lalu Malin Kundang berkahwin dengan seorang gadis cantik yang berasal dari keluarga yang kaya.
     Pada satu hari, Malin Kundang pun berlayar ke Kampung halamannya atas urusan dagang. Ketika Kapal Malin Kundang berlabuh di Kampung halamannya, orang kampung yang mengenali Malin kundang pun memberitakan kepulangannya itu kepada Ibunya yang telah uzur. Sebaik mendapat khabar gembira kepulangan anaknya, Si ibu pun segera menemui anaknya. Khabar gembira bagi si Ibu tetapi
tidak bagi Malin Kundang.
    Malin Kundang merasa malu kepada orang lain dan juga isterinya, untuk mengakui bahawa dia memiliki seorang ibu yang tua dan miskin. Ketika Si Ibu menemuinya, Malin Kundang bertindak memaki dan melontarkan kata cacian terhadap Si Ibu, bukan sahaja itu malahan Malin Kundang dengan biadap meludahi Si Ibu kemudian mengusir Si Ibu dari Kapalnya.
    Si Ibu merasa sedih dan kecewa terhadap anaknya Malin Kundang. Si Ibu lantas berdoa kepada Tuhan agar Si anak mendapat hukuman. Doa Si Ibu akhirnya dimakbulkan Tuhan. Datanglah Ombak badai menghempas kapal Si Anak hingga ke pinggir pantai. Menyedari akan hal itu, Malin pun merasa bersalah kemudian memohon ampun kepada Si Ibu. Tetapi semuanya telah terlambat,kerana ketika itu hukuman dari Yang Maha Kuasa telah datang. Pada akhirnya, Malin bertukar menjadi batu.

Wednesday, 3 July 2013

Mari belajar bahasa Turki.. Türkçe öğrenelım

Terjemahan dari M: Melayu ke T: Turki


  • M: Selamat Pagi                              T: günaydın.
  • M: Selamat Petang                          T: iyi akşamlar
  • M: Selamat Malam                          T: iyi geceler
  • M: Siapakah nama awak?               T: senin adın ne?
  • M: Nama saya ialah Naz                  T: benin adım Naz 
  • M: Apa khabar?                              T: nasılsın/nasılsınız
  • M: Saya sihat/ khabar baik.              T: iyiyim 
  • M: Dimanakah anda berasal?           T:nerelisiniz , 
  • M: Saya berasal dari Basinkoy         T: Ben Basinkoy lüyüm
  • M: Terima kasih!                              T: Teşekkür ederim
  • M: Sama-sama                                T: önemli değil or sorun değil ,
  • M: Maafkan saya!                           T: üzgünüm!
  • M: Cantik                                        T:güzel
  • M: Sangat Cantik                             T: çok güzel
  • M: Awak sangat cantik                     T:çok güzelsın
  • M: Saya Cintakan awak                   T: senı sevıyorum
  • M: Saya sayang awak.                     T: sana asıgım

SUMBER DARI : Gökhan Akgün
Teşekkür ederim Gökhan!

To be continue...

By: Cik.Extreme

Monday, 1 July 2013

Bongkar personaliti diri, Potensi diri serta beberapa rahsia diri anda dengan kaedah Metafizik.(IBUKAN METAFIZIK SONGSANG)



Bongkar personaliti diri, Potensi diri serta beberapa rahsia diri anda dengan kaedah Metafizik.(INI BUKAN METAFIZIK SONGSANG) (ZODIAK TUE PUN BUKAN) 

        Kaedah Metafizik atau kiraan Tarikh Lahir ini telah dibuat keatas berbilion-bilion Manusia, anda mampu mengenali diri anda hampir menyeluruh dan tahu potensi diri anda serta memudahkan anda memilih kerjaya yang sesuai dengan potensi diri anda melalui kaedah Metafizik sains ini.  Firman ALLAH SWT yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad,
Ayat 11 yang bermaksud,
Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.
 Selain itu ia membantu anda memahami diri anda serta orang tersayang.

Kaedah kiraan Tarikh Lahir

Campurkan Tarikh lahir, Bulan Lahir, dan Tahun Lahir anda.

Contoh 24 Disember 1992 

(2+4)  (1+2)  (1+9+9+2)= (Aku ambik contoh tarikh lahir aku, so Korang Kira korang punya!!)

6+3+21= 30 (3+0)

3# (so, aku golongan no 3)


 GOLONGAN : 1#  (ELEMEN : LOGAM)

Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.




GOLONGAN : 2# (ELEMEN AIR)

Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda hala tuju dan arahan.

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu.
4) Mudah dipengaruhi oleh orang lain.

GOLONGAN : 3# ELEMEN API (INI AKU.. KESIANNYA HAHA)


Kekuatan:Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau all rounder. Idealistik. Bijak dalam english. Lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan,serta didikan orang tua, kuat berpegang pada  peraturan turun temurun atau agamanya. Konservatif, mudah mesra, mudah bersosial, pandai berjenaka, ceria selalu, kreatif,kebolehan berfikir dengan baik. Mempunyai kelebihan dalam lisan/bercakap yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.

Kelemahan:Individu ini boleh menjadi terlalu agresif,boleh menjadi muram atau murung pada masa-masa tertentu, tidak penyabar dan cepat naik angin dan panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Kadang kala pula seorang yang nakal. Gemar memulakan sesuatu perkerjaan tetapi jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu



GOLONGAN : 4# ( ELEMEN KAYU)

Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.

Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan. Berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. 

Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain.
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka.
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara.



GOLONGAN : 5# ( Elemen Tanah)

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.. 

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil.
2) Melihat sesuatu dengan teliti.
3) Perlu menimbangtara semua fakta sebelm membuat keputusan.

GOLONGAN : 6# (Elemen Logam atau besi)

Kekuatan:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
 Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
 Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.


Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri. Anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya.
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri.
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.


GOLONGAN : 7# (ELEMEN AIR)

Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. . Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas.Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya (pro dan kontra). Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah. Anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (dingin) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar.
3) Bertindak jangan ikut perasaan, atau bergantung pada mood.

GOLONGAN : 8# (ELEMEN API)

Kekuatan:Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
 Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
 Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. 

Kelemahan:Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.Anda juga seorang yang materialistik.

Perkara yang harus diperbaiki:
 1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.



GOLONGAN : 9# (ELEMEN KAYU)

Kekuatan:Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai penghibur, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
 Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.


Kelemahan:Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan.
3) Kurangkan sifat emosional.